Tupperware Buck

Tupperware Buck
Tupperware Buck 016-9215076

Monday 1 September 2014

TUPPERWARE BRANDS MALAYSIA - KENANGAN JUBILEE 2014

TUPPERWARE BRANDS MALAYSIA
-KENANGAN JUBILEE TUPPERWARE 2014

Salam sejahtera & Apa khabar semua, diharapkan semua baik-baik sahaja, bila dah duduk depan PC memang bermacam-macam idea timbul nak UPDATE Blog yang telah lama ditinggalkan usang...namun semangat dalam perniagaan online Tupperware tak pernah usang...

Saya mengambil tema sempena Sambutan Hari Kemerdekaan MALAYSIA yang ke-57, "Di sini lahirnya sebuah cinta"...apa yang ingin saya kongsikan disini ialah sewaktu saya menghadiri JUBILEE 2014 yang mengambil tempat di Pusat Konvention Sunway Piramid baru-baru ini iaitu pada 23 hingga 24 Ogos yang lalu...

Rata-rata yang hadir sangat teruja dengan kemeriahan JUBILEE 2014 Tupperware Brands MALAYSIA termasuklah saya sendiri. Sedar tak sedar sudah 2 tahun saya mengikut JUBILEE Tupperware. Peluang yang ada harus diambil untuk memajukan diri dalam perniagaan online Tupperware, mana tidaknya masa inilah kita akan berjumpa dengan mereka yang hebat dalam dunia Tupperware, aura demi aura dapat diserap sebagai pedoman dalam perniagaan. Dalam kemeriahan ini juga diselitkan dengan sesi penerangan ilmu cara menjalankan perniagaan, juga diselitkan segmen testimoni mereka yang telah berjaya setelah dibelenggu dengan pelbagai masalah dalam menguruskan rumah tangga serta mencari nafkah bagi meneruskan kehidupan.

Sebenarnya, peluang untuk memajukan diri sentiasa ada cuma atas diri kita sendiri sahaja samaada mahu terus dibelenggu masalah kehidupan atau keluar dari kelompok tersebut.Saya sarankan bagi mereka yang mahu menceburkan diri dalam perniagaan Tupperware anda membuat keputusan yang tepat, kerana sudah ramai yang berjaya dalam perniagaan ini....Mencuba adalah perucma, tetapi harus ingat usaha pasti membawa kejayaan...

Baiklah, saya titipkan beberapa keping gambar suasana kemeriahan JUBILEE Tupperware 2014. Sudi-sudilah melihatnya...Mereka adalah sebahagian dari keluarga TEAM POWER...



Bersama 5 star Director Team Power
Tupperware Comel Lote


Harus bergaya free style atas pentas yang sangat berprestij


Bergambar bersama seorang lagi ahli TEAM POWER 5 star Director Tupperware Mc'Long terbang jauh dari bachok Kelantan


Dan lagi Free Style


Dan lagi posing bersama Mc'Long dari bachok Kelantan


Bergambar bersama pasangan suami isteri yang baru sahaja bergelar director tupperware sebelah kanan saya nama panggilan Naza sangat beruntung kerana mendapat dorongan dan sokongan dari suami tercinta


Lagi posing beramai-ramai, percayakah anda meraka adalah antara mereka yang sudah berjaya dalam dunia Tupperware


Bergambar bersama seorang director Chua berasal dari kelantan tetapi menetap di Muadzam, sangat ceria orangnya, sempat promosi produk kecantikan


Bergambar bersama 3 Star director Tupperware TEAM POWER, terbang jauh dari negeri bawah bayu, orangnya pun ayu gitu, inilah dia Syikin atau lebih dikenali dengan gelaran Sabah Tupperware...


Bergambar bersama new director tupperware Team Power Kak Mimi yang tinggal di Rawang Selangor, dibelakangnya merupakan seorang lagi 3 Star Director Team Power Aza..


Bergambar bersama Mr.Executive Director yang memang dikenali di seluruh Malaysia iaitu Syamputra Razali, beliau merupakan UPLINE saya serta pemimpin TEAM POWER...sangat memberi inspirasi untuk kami terus berjaya seperti beliau...

Semoga segala yang dipaparkan boleh menggerakkan hati anda untuk menceburi perniagaan online Tupperware Brands Malaysia...Ayuh mulakan langkah anda sekarang tiada yang mustahil dalam dunia ini andai anda terus berusaha dan fokus pada satu tujuan & matlamat...



No comments:

Post a Comment