Tupperware Buck

Tupperware Buck
Tupperware Buck 016-9215076

Sunday 16 March 2014

TUPPERWARE BRANDS MALAYSIA - SUKA DUKA BERGELAR DIRECTOR TUPPERWARE

Tupperware brands malaysia -
SUKA & DUKA Bergelar Director Tupperware

Salam sejahtera dan apa khabar semua, diharap anda semua sihat senantiasa, dalam kelapangan ini terpanggil pula untuk mengUPDATE blog yang sudah beberapa hari tidak dijengok...

Apa pun kita berdoa semoga pesawat MH 370 berjaya ditemui dan semoga crew anak kapal dan penumpang selamat kembali ke pangkuan keluarga tersayang...Amin

Baiklah, "disini bermula" itulah perkataan yang bermain difikiran selepas saya mengambil keputusan untuk mendaftar keahlian menjadi consultan tupperware brand malaysia serta ingin menjana pendapatan sampingan, hidup di ibu kota yang penuh rintangan semestinya faktor kewangan menjadi semakin mencabar...

Sebelum saya sampai ke tahap sekarang semestinya pelbagai rintangan harus ditempuhi siapa sangka saya mampu mengharunginya...Tiada jalan pintas untuk berjaya...saya bermula sebagai consultan, memang cabaran sentiasa ada khas dalam merecruit downline tetapi saya berpegang kepada apa yang Upline saya cakap "Mencuba adalah percuma" dan akhirnya tiada yang mustahil...

Bayangkan saya mendaftar hanya dengan RM 70.00, akhirnya saya dapat balik modal tersebut, bah kan lebih dari itu, usaha harus ada dan saya percaya rezeki datang dari Tuhan...

Pada mulanya memang saya seakan berputus asa tetapi mengenangkan tiada kejayaan tanpa usaha, jadi saya teruskan juga kuatkan azam dan tekad untuk mengubah kisah hidup yang sarat dengan duka...syukur saya berjaya mendapat cek yang pertama hanya RM 20.00...Namun begitu saya tetap gembira kerana setahu saya hanya Tupperware sahaja yang membayar komisen melalui cek...

Dari situ saya mengorak langkah akhirnya saya berjaya mencapai komisen 4 angka...seakan tidak percaya namun itulah realitinya...

Tanggal 15 MAC 2014, sebagai tanda penghargaan saya diraikan dalam majlis bagi saya amat bermakna, seumur hidup saya tidak pernah diraikan sebegitu...Setiap kejayaan pasti ada ganjarannya yang penting jangan berputus asa...lihatlah wajah-wajah keceriaan saat diraikan...

Inilah Upline saya yang amat saya kagumi saudara Mr SED Syamputra Razali

Pemilik stokis Aman Suria yang diberi gelaran Maharani Parti Tupperware Puan Hajah Saliah a.k.a Kak Lia Kayangan Merupakan seorang yang sangat luar biasa semangatnya






Sebahagian dari mereka yang diraikan kerana berjaya bergelar New Director dalam TEAM POWER dikemudi oleh Mr.SED Syamputra Razali

Suka duka dalam menjalankan perniagaan Tupperware kami kongsi bersama dalam hari yang penuh bermakna...Bagi mereka di luar sana jangan segan silu untuk bertanya...mana tahu anda juga bakal bergelar new director suatu hari nanti...

Tupperware Brands Malaysia menawarkan pakej yang amat eksklusif bagi new consultan....Hanya dengan RM 280.00 sahaja dan ditambah dengan keyakinan dan usaha...impian pasti jadi kenyataan...


Kepada yang berminat boleh menghubungi saya di talian 016-9215076 (Buck Tupperware)
sms/call/whatsapp
buck.lee@gmail.com
FB - Buck Lee TP

Sekian dulu buat masa ini jumpa anda di puncak kejayaan...


No comments:

Post a Comment