Tupperware Buck

Tupperware Buck
Tupperware Buck 016-9215076

Kisah Yang Tersirat

Tupperware Brand Malaysia - Di Sinilah Bermula

Seperti biasa entri saya didahului dengan selamat sejahtera kepada semua dan salam 1 Tupperware Brand Malaysia. Kisah yang ingin saya kongsikan pada kali ini ialah macam mana saya boleh terbuka minda untuk menceburi bisnes dalam Tupperware. Terus terang saya katakan di sini saya memang '0' dan tidak mengetahui apa itu Tupperware, kata orang tak pernah ambil tahu langsung pasal Tupperware dan sudah terbukti dengan jelas memang saya tak pernah menggunakan produk tersebut

Kisahnya bermula begini, Sepanjang bekerja di kota Kuala Lumpur, tidak terlintas langsung dalam fikiran ingin meneroka pluang peniagaan MLM seperti bisnes Tupperware, bah ingin memiliki dan menyimpannya jauh sekali. Sehinggalah pada suatu hari, ketika saya pulang bercuti ke Miri dan menginap di rumah kakak saya. Ada cerita sebenarnya disebalik percutian saya ini, kisah di belakang tabir. Kecelakaan yang dialami orang tua saya  telah membuatkan saya perlu menunaikan tanggungjawab sebagai anak. Ayah telah dimasukkan ke hospital dan saya perlu menemaninya. Tersebutlah al kisah, pertemuan pertama diri saya dengan Tupperware ni, ala-ala cinta pandang pertama gitu. Sedang saya ingin menyiapkan hidangan untuk dibawa ke hospital, saya sempat menyelongkar laci dapur rumah kakak saya untuk mengisi makanan sebagai bekal ke hospital. Sedang saya mencari maka terjumpalah Tupperware Freezer Mate kakak saya yang tertera namanya Tupperware di atas penutup. Akhirnya barulah saya kenali mungkin inilah produk yang orang selalu perkatakan setelah sekian lama. Lantas terus saya capai kemudian terus saya isi makanan ke dalam Tupper Freezer mate tersebut. Betullah kata orang tak kenal maka tak cinta, lebih-lebih lagi orang yang '0' macam saya ni pada ketika itu. 

Percutian saya mengambil masa 3 bulan sehinggalah ayah saya keluar dari hospital. Selesai sahaja saya bercuti saya kembali ke tempat kerja di kota Kuala Lumpur yang penuh dengan aneka ragamnya. Namun kisah Tupperware saya tidak berakhir disitu. Di Kuala Lumpur saya telah bertemu dengan seorang sahabat. Pertemuan itu, memang tidak dirancang, walaupun berlainan bangsa tetapi kami mempunyai minat yang sama. Kami juga kerap bertembung di medan persabungan untuk berentap menjadi seorang juara dalam persada seni sastera. Saban tahun kami berjumpa untuk merebut gelaran juara peringkat wilayah persekutuan. Namun dalam diam sebenarnya beliau telah menceburi bisnes Tupperware. Beliau memang seorang yang komited dalam perniagaan, kemana sahaja beliau pergi pasti ada beberapa naskah katalog Tupperware di dalam keretanya. Aura yang memukau petah berbicara bijak menggunakan peluang itulah kelebihan beliau sehinggakan saya pun boleh tertarik untuk membeli produk Tupperware darinya. Kebetulan pada ketika itu saya, kakak saya baru sahaja melahirkan anak lelaki, akhirnya saya mengambil keputusan untuk membeli botol susu darinya dan menghadiahkannya kepada kakak saya.

Beliau pernah mengajak saya untuk menjadi ahli Tupperware atau lebih jelas menjadi konsultan bebas, namun saya menolak, kerana pada masa itu saya memikirkan sudah banyak bisnes  MLM yang telah saya ceburi tetapi semuanya separuh jalan. Tanpa beliau sedari, hati saya terbuka untuk menjadi ahli Tupperware, tetapi bukan dengan beliau, dengan director yang saya langsung tidak kenal. Saya melihat seorang kakak dipejabat saya memborong sakan produk tupperware jadi saya pun daftar jadi ahli dibawah kakak tersebut. Rupa-rupanya upline saya tu langsung tak tahu menahu pasal selok belok perniagaan Tupperware, yang dia tahu hanya memborong dan dapat diskaun 25%. Bah kan Upline pun tak tahu macam mana nak dapatkan komisen setiap bulan. Memang padan muka saya pada ketika itu, akhirnya saya meminta penjelasan dari beliau (sahabat), walaupun berat untuknya berbicara keran kecewa namun hatinya tetap lembut untuk menerangkan selok belok perniagaan Tupperware, beliau telah menceritakan dari A to Z tentang perniagaan Tupperware dan saya faham sepenuhnya. Pengajaran bagi diri saya, namun apa yang berlaku dengan saya selepas itu.....

Nantikan sambungan di babak II

5 comments: