Tupperware Buck

Tupperware Buck
Tupperware Buck 016-9215076

Tuesday 12 November 2013

Tupperware Brands Malaysia - Katalog 11 November hingga 31 Disember 2013

Tupperware Brands Malaysia
- Katalog Kempen 11 November hingga 31 Disember 2013

Salam sejahtera, salam 1 Malaysia dan Apa khabar buat semua pembaca blog ini...semoga semua baik-baik sahaja...Entri pada kali ini lebih kepada santai menjamu mata sempena keluaran kempen baru...Silalah melihat mana tahu ada yang berkenan bolehlah terus mengorder dari saya ya...yang pasti best price akan diberikan...selamat bershoping














Gambar di atas adalah antara item-item yang dijangka hot sepanjang kempen...salah satu daripadanya mungkin limited release oleh itu bershopinglah mula sekarang supaya tidak menggigit jari...

Harga yang tertera adalah harga katalog, andai kata anda ingin menikmati potongan 25% dari harga katalog bolehlah mendaftar sebagai ahli dengan saya, yuran hanya RM 70.00 sahaja dan anda akan dapat kit bag, tupperware dari HQ dan buku panduan dari HQ...selain itu anda juga akan dapat special gift dari saya...itu pilihan pertama

Pilihan kedua pula, daftar ahli dengan bayaran RM 280 anda akan mendapat kit bag, tupperware dari HQ, Buku panduan dari HQ dan produk tupperware dalam Treasure Box serta free gift dari saya...
(Treasure Box) 
Harga biasa RM 514.50 tetapi kini RM 280.00 sahaja
Memang berbaloi


Caranya mudah sahaja sms Nama,No.Kp,Alamat, No.Tel
ke (Buck Tupperware) 016-9215076

Saturday 9 November 2013

Tupperware Brands Malaysia - Iron Lady

Tupperware Brands Malaysia
- Iron Lady

Salam sejahtera, salam 1 tupperware brands malaysia buat semua pembaca blog ini, apa khabar ? sudah agak lama juga saya tak mengupdate blog, jadi hari ahad yang berbahgia ini sempena cuti terpanggil juga untuk duduk depan pc dan mengupdate apa yang patut.

Entri pada kali ini, agak special buat diri saya dan ingin dikongsikan bersama anda, iaitu kisah disebalik tabir kejayaan saya.Orang menjadi tulang belakang sejak saya menceburi dunia Tupperware dan orang yang saya maksudkan ialah TINI SUHAIMI my new director. My Iron Lady... Siapa sangka beliau sahut cabaran untuk bergelar director dan complete DIQ dalam masa 2 bulan. Dimana ada kemahuan disitu ada jalan...Kata orang tuah ayam nampak dikaki tuah kak Tini mungkin kerana aura peramahnya...(Andaian) sebab saya tak tahu tuahnya kat mana...hehe

Inilah orang yang saya maksudkan:-
Kilauan Permata TEAM POWER

Gelang emas dibawa berjalan,
kilauan menyinar tanda penghargaan,
Tini Suhaimi salam perkenalan,
mencari downline mana berkenan.

Beliau merupakan bisness partner saya di sekitar Ampang...jadi sesiapa yang berada di Ampang boleh menghubungi beliau di Talian 019-3226485 ( Tini Suhaimi a.k.a Tupperware TiniSuhaimi TP (FB))

Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama anda yang kan terlambat...

Terima kasih sudi baca blog saya
atau anda boleh menghubungi saya di Talian 016-9215076 (Buck Tupperware)
FB Buck Lee
emel : buck.lee131@gmail.com 

Thursday 24 October 2013

Tupperware Brands Malaysia - Pakej Istimewa Daftar Keahlian

Tupperware Brands Malaysia
- Pakej Istimewa Daftar Keahlian

Salam sejahtera dan salam 1 Tupperware Brands Malaysia buat semua pembaca blog ini. Tidak lupa salam hari jumaat buat semua. Entri pada kali ini pendek dan ringkas sahaja, namun demikian sekiranya ingin bertanya lebih lanjut boleh terus menghubungi saya ya...jangan segan silu...nak berjaya kena banyak bertanya ya...ilmu harus dikongsi bersama dan yang penting kerjasama anda amat dihargai...
Inilah kelebihan yang anda perolehi sekiranya serius ingin menjana pendapatan sampingan dalam dunia tupperware brands malaysia...Harus diingat tanpa usaha kejayaan tak kan hadir bergolek begitu sahaja...Kejayaan anda atas usaha anda sendiri...

Inilah pakej yang saya tawarkan sekiranya berminat untuk menjadi ahli tupperware brands malaysia yang menyinar di masa akan datang...tawaran ini terhad sehingga 30 November 2013
Caranya mudah sahaja:-
Cuma perlu sms/watsapp/wechat dan bagi nama,no.kp,alamat dan no tel serta email(kalau ada) ke Buck Tupperware....https://www.facebook.com/buck.lee.184 ..email: buck.lee131@gmail.com

Wednesday 23 October 2013

Tupperware Brands Malaysia - Aktiviti Lelong

TUPPERWARE BRANDS MALAYSIA
-AKTIVITI LELONG

Salam sejahtera dan salam 1 Tupperware Brands Malaysia, Entri kali ini saya nak buat lelongan 2 item yang istimewa, iaitu:-


MOSAIC CANISTER (4) BIJI
Hanya RM 95.00 sahaja
Terhad tinggal seunit sahaja


SET BOTTLE SUSU + FLASK
Hanya RM 160.00 sahaja
Terhad tinggal 2 unit sahaja



Berry Buddy Purple 2L
Hanya Rm 33.80
Terhad tinggal 3 unit sahaja



Freezer Mate Medium
Hanya RM 150

Kepada yang berminat boleh menghubungi saya di 016-9215076 (Buck Tupperware)
FB (Buck Lee)
email: buck.lee131@gmail.com

Tuesday 22 October 2013

Tupperware Brands Malaysia - Kenangan Menggamit Memori

Tupperware Brands Malaysia
- Kenangan Menggamit Memori


Salam sejahtera dan apa khabar semua, tidak lupa salam 1 Tupperware Brands Malaysia, Minggu ini agak down sikit tetapi setelah melihat foto ini saya menjadi semakin semangat untuk bangun semula, foto yang dipaparkan ini membuat saya tersenyum dan membina keyakinan untuk menyelesaikan masalah, dalam dunia tiada siapa yang terlepas dari masalah tetapi atas kehendak dan keyakinan nescaya setiap masalah ada penyelesaiannya, foto ini terlalu istimewa bagi saya kerana sejak menyertai TEAM POWER hidup saya telah banyak berubah, tidak banyak tapi sangat mengujakan, saya percaya anda diluar sana pun boleh merasai apa yang saya rasai anda anda mahu bersama dalam TEAM POWER, cuma hendak dengan tak hendak saja, Dalam TEAM POWER anda tidak bergerak seorang kerana anda akan dibantu dan diberi bimbingan oleh leader anda, saya yakin anda di luar sana mempunyai aura luar biasa dari saya atas usaha anda sendiri...Oleh itu jangan tunggu lagi serta kami untuk terus menuju puncak kejayaan

Hubungi saya melalui aplikasi sms/watsapp/wechat
016-9215076
Buck Tupperware
tupperwarebuck.blogspot.com
buck.lee131@gmail.com
http://www.facebook.com/buck.lee.184

Thursday 17 October 2013

Tupperware Brands Malaysia - Leaflet Zon Tengah sahaja (1 OKT - 9 NOV 2013)

Tupperware Brands Malaysia
-Leaflet Zon Tengah sahaja
1 Okt 2013 - 9 Nov 2013

Salam sejahtera dan salam 1 Tupperware buat semua pembaca blog ini. Entri pada kali ini, di hari jumaat yang penuh barakah ini sekadar santai ala-ala tengok leaflet sahaja, banyak promosi di dalam leaflet ini, antara yang HOT ITEM pastinya Tall Canister 10L, harus di grabe secepat mungkin stok terhad...Apa pun anda lihat sendiri mana yang berkenan sudi-sudilah hubungi saya melalui email buck.lee131@gmail.com, FB (Buck Lee)atau sms/watsapp 016-9215076 (Buck Tupperware) ID 596592









Wednesday 16 October 2013

Tupperware Brands Malaysia - "Jejak Tupperware"

Tupperware Brands Malaysia
- "Jejak Tupperware"

Salam Sejahtera dan salam 1 Tupperware Brands Malaysia buat semua yang membaca. Entri pada kali ini, saya ingin berkongsi sedikit kelebihan yang anda dapat apabila menyertai perniagaan Tupperware Brands dalam menjana pendapatan samping walaupun mempunyai kerjaya tetap.

Trend perniagaan sebegini sebenarnya majoriti di monopoli oleh golongan HAWA, namun demikian pada masa kini tanggapan negatif golongan ADAM menampakkan perkembangan positif kerana golongan ADAM tidak lagi segan untuk berniaga Tupperware. Buktinya dalam TEAM POWER sudah ramai golongan ADAM memilih untuk menceburi bidang perniagaan Tupperware Brands.Terdapat beberapa faktor yang mendorong perkembangan ini antaranya:-

1) Keyakinan mahu berubah
-Dalam dunia tiada siapa pun akan terlepas dari masalah belenggu hutang dan kos sara hidup yang saban hari kian meningkat. Dengan keyakinan yang ada serta mahu mendabik dada demi masa depan yang lebih terjamin maka hadir bibit-bibit Free Lance dalam dunia perniagaan sebagai contoh dunia tupperware.

2)Tarikan Visual yang nyata
-Mungkin ramai yang akan berkata, pada mulanya tidak mahu kerana sudah menyertai banyak perniagaan sebelum ini. Dalam perniagaan mana sekali pun pasti ada risikonya namun kita kena ingat, kajian dan analisis penting serta yakin bercampur fokus dengan yang satu. Kena ingat bahawa tiada hasil tanpa usaha, begitulah jua dalam dunia tupperware ini apabila usaha berlipat ganda maka nampaklah hasilnya. Jelas hasil yang kita dapat bukan khayalan.Ia akan berada di genggaman kita.

3) Tiada status ego dalam diri
-Untuk berjaya kena buang sifat egois kerana kejayaan tak akan datang sekiranya kita angkuh dan tidak mahu menerima perubahan. Kena  bersedia untuk menerima pendapat, setiap pendapat ada pro dan kontra tetapi pendapat itu boleh dinilai keberkesanannya.Kita jangan mudah DOWN apabila ada suara-suara sumbang mengatakan kenapa nak berniaga tupperware. Kita boleh jelaskan dengan mengatakan bahawa TUPPERWARE merupakan satu bekas dalam kehidupan kita, lantas memudahkan kehidupan untuk meletakkan makanan. Bak kata sebaris puisi TUN PERAK "Tahu dimana meletakkan dirinya".

4)Kepuasan Diri
-Siapa yang tidak suka setiap bulan dapat komisen dan terima cek. Helo! walaupun sedikit tetapi kalau dikumpul akan menjadi bukit. Boleh juga simpan dan digunakan waktu terdesak sebagai contoh kereta Break Down dan perlu dihantar ke bengkel. Dengan adanya peluang perniagaan Tupperware seeloknya buatlah betul-betul dan fokus pasti akan santap kudapan yang lebih menggembirakan.

Mungkin bingkisan ini sedikit membantu dan membuka mata buat semua yang membaca. Tak kenal maka tak cinta...sebelum berkecimpung dalam dunia tupperware jejak dulu susur galur tupperware...

Bagi yang berminat nak menyertai TEAM POWER bolehlah menghubungi saya tupperwarebuck.blogspot.com atau FB (Buck Lee)
email: buck.lee131@gmail.com
    

Wednesday 9 October 2013

Tupperware Brands Malaysia - Duit dan Cek

Tupperware Brands Malaysia - 
Antara foto duit dan cek

Salam sejahtera dan salam 1 tupperware brands malaysia, buat semua yang sudi klik sesawang tupperwarebuck.blogspot.com. Setelah sekian lama tidak kemaskini blog ini kerana komitmen kerja hakiki...barulah ada kelapangan sikit...sebenarnya inilah kelebihan berniaga secara part time dalam dunia tupperware...semestinya kerja hakiki diutamakan...tapi pernahkah anda terfikir...bekerja part time pun boleh menjana pendapatan dan mendapat komisen setiap bulan...berniaga online dan offline...kalau kena pada gayanya pasti membuahkan hasil...Baiklah sebenarnya dalam entri pada kali ini saya ingin berkongsi sedikit tentang foto duit dan cek...

1) Setiap iklan yang berkisar tentang foto dapat duit banyak/bersusun/tunjuk akaun dapat 20K hanya dengan biznes online sahaja
-Pernahkah anda terfikir, samaada ia nyata atau tidak, pernahkah anda selidik dari mana sumber kewangan itu. Pernahkah anda terfikir hanya tarikan semata untuk mendapat duit mudah. Saya tak nak komen banyak cuma kita kena tahu...nak masuk kencing pun kena tol...

2) Cek komisen yang dipaparkan bukan palsu sebenarnya kerana ada nama, no siri, dan sebagainya
- Tupperware satu-satunya syarikat yang mengguna kaedah pemberian komisen secara cek. Pernahkah anda terfikir begitu seronoknya menerima cek yang dihantar terus ke rumah dan anda pegang cek tersebut dalam dunia realiti bukan khayalan. berbanding foto duit yang banyak kononnya dapat 20k dalam masa sebulan. Tanpa usaha mana mungkin kita boleh peroleh duit yang banyak sekelip mata. Melainkan cuba nasib dalam premis nombor ramalan. kalau kena berayalah kalau tak kena melayanglah.

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubngi saya di talian 016-9215076 (Buck Tupperware)

Saya gembira bersama tupperware brands Malaysia, kerana segala beban hutang boleh dikurangkan walaupun tak banyak, tetapi dengan usaha yang ada pasti akan membuahkan hasil yang ranum...Selamat beramal...Cukuplah buat seketika buat pembaca di luar sana

Sunday 1 September 2013

Tupperware Online : Gigih vs Malas

Tupperware Brand Malaysia
-Gigih vs Malas

Salam sejahtera semua, apa khabar, semoga semuanya baik-baik belaka di pagi yang dingin ini, harus selasa menarik selimut dan membuta kiranya dihari cuti, namun hari Isnin adalah hari bekerja...

Entri pada kali ini mungkin menarik atau sebaliknya, apa pun selamat membaca semua semoga serba sedikit memberi manfaat kepada semua

Gigih vs Malas
2 perkara yang berbeza namun punya kontra dan pro, antara pro dan kontranya seperti berikut:-

1)Gigih(pro) -Memajukan diri dalam perniagaan MLM Tupperware
-Setiap hasil yang kita perolehi sebaiknya setimpal dengan usaha yang kita lakukan. Namun demikian ada juga sesetengah orang sudah berpuas hati dengan apa yang dimiliki. Seseorang yang pernah saya kenal memberitahu bahawa beliau ingin bebas dari belenggu hutang dan sebagainya, oleh itu beliau berusaha untuk mengubahnya, akhirnya dengan usaha yang berterusan beliau tidak dibelenggu hutang lagi.Dalam diri perlu ada kegigihan barulah kilauan kejayaan muncul depan mata.Disana orang tengah tidur nyenyak masa itulah kita memikirkan strategi untuk hari esok dan berfikir hingga ke subuh. Lihat betapa gigihnya sekira ingin berjaya

2)Gigih(kontra) - Kegigihan disalah erti atas hasrat dengki
-Sesudah gigih berusaha tanpa kenal putus asa, maka adalah yang akan cuba untuk membuat sesuatu yang diluar jangkaan.Bak kata pepatah melayu menabur pasir di periuk orang.Ketika ini gigih akan menjadi agak pelahan namun demikian setiap kejadian pasti ada hikmahnya, ada juga yang akan korek rahsia kejayaan bagai merisik bunga bertopeng kumbang palsu. 

3)Malas (pro)- Lupakan seketika bagi memberi laluan hubungan kekeluargaan
- Dalam masa seminggu harus ada masa untuk mengisi hubungan kekeluargaan. Namun demikian, pastikan anda sudah membuat check list atau sudah memastikan sasaran tercapai setiap bulan.Berniaga-berniaga juga namun keluarga juga penting. Tanpa sokongan keluarga kita juga tidak akan berjaya, setuju tak dengan pandangan saya ? Sebenarnya dalam perniagaan MLM Tupperware memang memerlukan kita push over the limit dan ada kala kita buat tersekat di skala yang tidak berapa memberangsangkan

4)Malas(kontra) - Sekadar melepas batuk ditangga
-Penyakit ini memang merbahaya kerana akan menyebabkan kita terkebelakang.Untuk mengubah sesuatu menjadi realiti angan-angan harus ada, tetapi sekiranya hanya berangan pun tak jadi juga. Perkataan MALAS sepatutnya tidak menjadi alasan untuk terus maju. Sebagai contoh apabila disuruh UPDATE Blog, jawapannya MALAS, sedarkah anda apabila anda menjawab sedemikian anda telah merendahkan tempoh kejayaan di masa akan datang.

Oleh itu, pilihlah mana satu yang anda mahu jadikan sebagai pedoman dalam mengecapi kejayaan. Semestinya sekira anda GIGIH nescaya impian akan menjadi kenyataan pada suatu hari nanti


Saya bersama dua badak air yang gigih dalam dunia Tupperware


Jadikan sebagai ingatan untuk terus berjaya


Antara yang seronok dalam biznes tupperware mempunyai silaturahim dan memang tak menang tangan sangat nak ke open house kawan-kawan. memang seronok sangat gambar kenangan bersama Director Qaisarah a.k.a Fa...

Jadi tunggu apa lagi, marilah bersama-sama dengan kami menuju ke puncak kejayaan. Hubungi saya di talian 016-9215076


Saturday 31 August 2013

Tupperware Online - Gabungan "TEAM" dan "POWER" (TEAM POWER)

Tupperware Brands Malaysia
- Gabungan "TEAM & POWER" (TEAM POWER)

Salam sejahtera semua dan apa khabar, belum terlambat rasanya saya mengucapkan selamat menyambut hari merdeka yang ke-56...

Baiklah...Entri di awal bulan september ini kemungkinan agak sayu bagi sesetengah pihak tapi jangan mudah melenting, mungkin sesuai dijadikan iktibar...

Persoalan saya, mengapa memilih gabungan TEAM dan POWER ?

1)Kerana kami berkerja sebagai satu pasukan;
-Dalam perniagaan MLM anda tidak mampu bergerak seorang tanpa membina sub rumah dalam pasukan anda. Saya percaya semua jenis perniagaan MLM pun perlu mencari orang bawahan agar perniagaan menjadi mudah dan selesa.Sebab itu dalam perniagaan MLM anda jangan bersikap angkuh dan mementingkan diri sendiri. Kerjasam penting dalam pasukan barulah pasukan anda akan terus kukuh 

2) Mempunyai banyak rangkaian di seluruh negeri dalam Malaysia;
-Dalam perniagaan MLM key point yang penting ialah mewujudkan banyak rangkaian kerana apabila pasukan anda melebarkan sayap dan meluaskan empayar maka akan lebih mudah untuk berurusan tak kira dimana jua anda berada. Telah terbukti sejak TEAM POWER wujud dalam Tupperware, Team ini telah melahirkan ramai ahli-ahli bertaraf ranking tertinggi di seluruh Malaysia anak-anak pula memang tak terkira.

3)Bernaung di bawah UPLINE yang berwibawa;
- Pilihan yang tepat dalam membuat keputusan penting kerana berdasarkan analisis terhadap sesorang berkeyakinan boelh membimbing anda, membolehkan anda membuat pilihan seterusnya memilih untuk menyertainya. Oleh itu anda harus bijak memilih dan sebelum membuat keputusan kenali dulu orang yang anda ingin jadikan sebagai UPLINE. Tetapi dalam TEAM POWER anda boleh terima/pilih tanpa rasa prejudis kerana TEAM POWER bekerja dalam satu kumpulan dan bak kata mat saleh "you never Walk Alone"

4)Berkongsi tips kejayaan untuk manfaat bersama;
-Di dalam TEAM POWER kami berkongsi tips dan cara untuk memajukan diri dalam perniagaan MLM Tupperware. Setiap ahli dalam TEAM POWER tidak pernah lokek dalam memberi tips memantapkan perniagaan. Kami sentiasa berkongsi sesuatu yang bisa membawa kebaikkan kepada pasukan.

5)Berkongsi kejayaan bersama dan mencapai sasaran 
-Setiap kejayaan yang dikecapi hasil dari usaha sendiri dan ahli pasukan harus dikongsi bersama serta menaikkan motivasi  downline. Kita juga perlu membantu mereka agar mereka juga turut berjaya seperti kita.Jangan pernah biarkan mereka hanyut/terbang seolah-olah layang-layang terputus tali. Percayalah tanpa mereka kita tidak akan capai kejayaan.

Semoga bingkisan ini menjadi manfaat dalam kita menunaikan tanggungjawab sebagai pembimbing dan sebagai ketua pasukan yang baik di masa akan datang

Kepada yang ingin mendaftar ahli bolehlah menghubungi saya di talian 016-9215076

 

Thursday 29 August 2013

Tupperware online: Penghargaan Dalam Tupperware

Tupperware Brands Malaysia
- "Penghargaan"

Salam sejahtera dan apa khabar semua,semoga anda semua sihat sejahtera maklumlah sekarang ini musim demam..batuk selesema dan sebagainya, oleh itu jagalah kesihatan anda ya.

Baiklah entri pada kali ini, ingin saya ceritakan tentang "Penghargaan"...Sesungguhnya apabila kita telah berjaya melakukan yang terbaik untuk menaikkan diri diperingkat terbaik. Penghargaan ini boleh kita kategori dalam pelbagai jenis dan saya gariskan beberapa jenis "Penghargaan"

1)Penghargaan terhadap pencipta kita;
Pencipta memberi kita rezeki mengabulkan doa kita sepanjang masa dalam kehidupan kita. jadi kita kena sentiasa ingat dan tidak lupa diri. rezeki yang diberi ini adakala perlu dikongsi pada mereka yang memerlukan. tak salah kalau kita sekali sekala memberi sedikit perkongsian rezeki dengan adek beradik atau mak ayah serta kawan kita. mereka happy.. dan kita pun heppy.. rezeki pasti bertambah dengan doa mereka..

2)Penghargaan terhadap diri  sendiri;
-Adalah penting menghargai diri sendiri dengan pelbagai aktiviti yang kita suka. buat sahaja apa yang kita mahu bagi meraikan diri kita. semua yang kita buat sememangnya adalah dari jasad kita. kita tak jemu berusaha dan penat lelah itu terbayar dengan menghargai diri. sebagai contoh.. membeli baju baru.. makan mewah sedikit ala ala kalau sebelum ini nasi lemak telor.. sekali sekala ngan rendang ayam pula. so.. kita akan rasa BEST dan akan terus buat sesuatu untuk kejayaan seterusnya

3) Penghargaan kepada saudara, rakan dan taulan, serta yang sewaktu dengannya;
-Apabila kita berada di kemuncak, jangan pernah lupa rakan/saudara yang memberi kata semngat walaupun anda pernah gagal dalam biznes, memanglah kata orang tak semua rakan/saudara boleh dipercayai.. tapi saya yakin.. tak semua begitu.. ada juga yang baik hati dan mampu bantu kita untuk berjaya. saya tak mahu menghukum orang lain disebabkan orang lain membuat angkara dalam sejarah hidup saya. saya akan terus memandang ke hadapan dan akan pasti kejayaan akan menyusul. jadi saya suke menghargai rakan yang support saya.. dan mereka yang tak support macam iri hati dan dengki dan sebagainya.. saya terpaksa KIV dan saya berazam akan BUKTIKAN yang saya akan berjaya dan pasti mereka akan ketahui.. orang yang mereka pandang sebelah mata ini..  bukan sembarangan.. heheheh
dari sudut mengharai rakan.. saya lebih gemar untuk memberikan sesuatu.. contohnya hadiah pada rakan yang telah menjadi downline.. yang mana saya memberi galakan dan menghargai mereka. penghargaan yang biasa saya buat.. macam belanja minum.. ucapan terima kasih yang kecil.. tetapi besar impaknya. orang kata.. kalau ikhlas memberi.. sebijik kacang pun rasa sedap berzaman zaman.

4) Pengharagaan kepada makhluk yang bernyawa contohnya haiwan;
-Anda pasti pernah melihat seekor kucing/anjing datang ke rumah kita...dan pada ketika itu haiwan tersebut nampak nazak...apa salahnya kita belikan sesuatu seperti makanan kucing WHISKAS dan bagi haiwan itu makan...kita tak tahu suatu hari haiwan itu akan mendoakan kita murah rezeki kerana telah memberinya makan...serta memberi tuah pada suatu hari...kita tak tahu...

5) Penghargaan kepada benda yang tak bernyawa. 
-Sedarkah anda motosikal yang sudah mengjangkau 8 tahun usianya masih mampu bergerak sehingga kini kerana dijaga dengan baik tukar minyak hitam, filter, plug dan sebagainya...
ohh ya.. kekadang.. perlu juga dimanjakan kereta kita yang selalu membantu kita ambil barang kat stokis tu.. hah.. apa lagi.. kasi mandi sama dia..
kita sebenarnya harus menghargai kenderaan yang telah lama berjasa kerana ia telah bersama mencari rezeki demi sekelumit nafkah untuk terus hidup di alam yang sementara ini


Pergi ke rumah kak Nor semasa open house


Mengunjungi stokis bersama rakan niaga MLM Tupperware


Inilah wajah-wajah yang bakal menyinar dalam TEAM POWER 


Keceriaan beraya bersama rakan niaga MLM Tupperware Brands Malaysia


Inilah PENGHARGAAN yang saya dapat setelah berdiri di atas usaha sendiri dalam biznes tupperware 

saya mahu menjual motosikal - pasir panjang
Motor menjadi pengangkutan yang pantas di KUALA LUMPUR...jadi kena comel wajahnya...

Untuk anda yang nak join tupperware bolehlah hubungi saya di talian 016-9215076


Tuesday 27 August 2013

Tupperware Brands Malaysia - Antara Kerjaya dan pengorbanan Masa

Tupperware Brands Malaysia
"Antara Kerjaya dan Pengorbanan Berniaga Tupperware"

Salam sejahtera semua dan apa khabar, rasanya agak lama juga tidak meng UPDATE blog, tiba-tiba malam ni terpanggil pula, entri pada kali ini mungkin menjadi inspirasi kepada semua, selamat membaca ye.

Kisahnya bermula sejak menceburi bidang perniagaan MLM tupperware brands malaysia, pada mulanya saya rasa sekadar mendaftar ahli sahaja kerana semata-mata nak dapatkan potongan 25% produk tupperware, untuk makluman saya sudah berkerjaya tetap dengan gaji yang boleh dikatakan cukup makan sebulan, nak dijadikan cerita daftar ahli dalam tupperware bagai telur dihujung tanduk, pernah dinasihati director saya supaya tingkatkan usaha menadapat jualan namun saya memberi alasan saya tidak punya masa kerana sibuk dengan kerja, perkara ini berlarutan sehinggalah saya mula berfikir secara positif, setiap hari saya akan berfikir kalau orang lain boleh kenapa saya tak boleh, apa bezanya saya dengan mereka-mereka yang sudah berjaya,bila diulang tayang sesuatu yang menghantui pemikiran saya barulah saya sedar...kata kuncinya "PENGORBANAN MASA"...betullah kata orang MASA ITU EMAS...dari situ saya mula mencari peluang...andai ada saja masa terluang saya akan mencari jualan...serta cuba untuk merecruit downline...biarpun agak sukar namun apabila kita mencuba kita tak tahu sesuatu akan hampir pada kita...jadi begitulah kisahnya apabila untuk berjaya walaupun kita mempunyai kerjaya tetap sebagai permulaan mungkin perniagaan Tupperware menjanjikan pendapatan sampingan kepada anda diluar sana...

Oleh itu lapang-lapangkanlah fikiran buat keputusan yang bijak sertai saya nescaya kejayaan akan datang jua

sekiranya ingin menjadi ahli boleh menghubungi saya di no 016-9215076 (Tupperware Buck)

Thursday 22 August 2013

Tupperware Brands Malaysia - Cozy Nest

Tupperware Brands Malaysia
- Set Cozy Nest Tupperware



Menarikkan, apa tunggu lagi jom beli cozy nest tupperware pada harga yang berpatutan, call/sms/watsapp 016-9215076 (Buck Tupperware)

Tupperware Brands Malaysia - Komisen

Tupperware Brands Malaysia
- Bagaimana untuk mendapatkan komisen

Salam sejahtera & apa khabar semua, entri pada hari ini saya akan menunjukkan bagaimana cara mendapat komisen setiap bulan dalam perniagaan MLM tupperware,
Langkah-langkahnya seperti berikut:-

1) Anda mesti mempunyai sekurang-kurangnya 2 orang downline untuk layak memperolehi komisen
2) Setiap bulan anda harus membuat sales RM500 (retail price)kemudian
3)Pastikan downline yang anda recruit juga membuat sales
4) Dengan itu anda akan menerima sekeping cek dari tupperware brands malaysia

Contoh:-
Anda = RM500 (retail price)
2 orang downline: Downline A = RM1000 + Downline B = RM1000 
total: RM2000

RM2000 x 3% = RM60 (komisen yang anda dapat


Mudahkan semoga contoh ini dapat memberi sedikit input kepada pembaca.Berminat join ahli call/sms/watsapp saya di no 016-9215076 (Buck Tupperware)

Tuesday 20 August 2013

Tupperware Brands Malaysia - Tupperware Menjanjikan Seribu Kenangan

Tupperware Brands Malaysia
-Nilai Kekeluargaan dalam TEAM POWER

Salam Sejahtera, Apa khabar semua...Entri di pagi hari ini cukup menggamit memory dimana kenangan yang amat bermakna dalam kehidupan saya sebagai director tupperware, terus terang saya katakan di sini memory ini tidak pernah terlintas di dalam diari kehidupan saya apa tah lagi sepanjang kerjaya saya tidak pernah terasa semanis saat-saat ini, ternyata ia amat bermakna dalam diari 2013, Istilah hubungan kekeluargaan memang jelas terpancar, 100% saya boleh bukti yang mungkin tidak wujud di dalam organisasi lain selain TEAM POWER,segalanya kami lakukan bersama yang pasti harus ada KERJASAMA, kami tidak bergerak sendirian dan segala perancangan harus ada BIMBINGAN dari sifu Syamputra Razali dan serta yang lain-lain,segala memory tahun 2013 bersama tupperware akan terus utuh terbuku dalam hati saya, anda di luar sana pasti mahu merasai hubungan kekeluargaan seperti ini, jadi buatlah keputusan sekarang kerana jawapan anda hari ini akan memberi anda satu kejayaan, sertai kami, boleh hubungi/sms/watsapp saya di talian 016-9215076 (Buck)