Tupperware Buck

Tupperware Buck
Tupperware Buck 016-9215076

Sunday 1 September 2013

Tupperware Online : Gigih vs Malas

Tupperware Brand Malaysia
-Gigih vs Malas

Salam sejahtera semua, apa khabar, semoga semuanya baik-baik belaka di pagi yang dingin ini, harus selasa menarik selimut dan membuta kiranya dihari cuti, namun hari Isnin adalah hari bekerja...

Entri pada kali ini mungkin menarik atau sebaliknya, apa pun selamat membaca semua semoga serba sedikit memberi manfaat kepada semua

Gigih vs Malas
2 perkara yang berbeza namun punya kontra dan pro, antara pro dan kontranya seperti berikut:-

1)Gigih(pro) -Memajukan diri dalam perniagaan MLM Tupperware
-Setiap hasil yang kita perolehi sebaiknya setimpal dengan usaha yang kita lakukan. Namun demikian ada juga sesetengah orang sudah berpuas hati dengan apa yang dimiliki. Seseorang yang pernah saya kenal memberitahu bahawa beliau ingin bebas dari belenggu hutang dan sebagainya, oleh itu beliau berusaha untuk mengubahnya, akhirnya dengan usaha yang berterusan beliau tidak dibelenggu hutang lagi.Dalam diri perlu ada kegigihan barulah kilauan kejayaan muncul depan mata.Disana orang tengah tidur nyenyak masa itulah kita memikirkan strategi untuk hari esok dan berfikir hingga ke subuh. Lihat betapa gigihnya sekira ingin berjaya

2)Gigih(kontra) - Kegigihan disalah erti atas hasrat dengki
-Sesudah gigih berusaha tanpa kenal putus asa, maka adalah yang akan cuba untuk membuat sesuatu yang diluar jangkaan.Bak kata pepatah melayu menabur pasir di periuk orang.Ketika ini gigih akan menjadi agak pelahan namun demikian setiap kejadian pasti ada hikmahnya, ada juga yang akan korek rahsia kejayaan bagai merisik bunga bertopeng kumbang palsu. 

3)Malas (pro)- Lupakan seketika bagi memberi laluan hubungan kekeluargaan
- Dalam masa seminggu harus ada masa untuk mengisi hubungan kekeluargaan. Namun demikian, pastikan anda sudah membuat check list atau sudah memastikan sasaran tercapai setiap bulan.Berniaga-berniaga juga namun keluarga juga penting. Tanpa sokongan keluarga kita juga tidak akan berjaya, setuju tak dengan pandangan saya ? Sebenarnya dalam perniagaan MLM Tupperware memang memerlukan kita push over the limit dan ada kala kita buat tersekat di skala yang tidak berapa memberangsangkan

4)Malas(kontra) - Sekadar melepas batuk ditangga
-Penyakit ini memang merbahaya kerana akan menyebabkan kita terkebelakang.Untuk mengubah sesuatu menjadi realiti angan-angan harus ada, tetapi sekiranya hanya berangan pun tak jadi juga. Perkataan MALAS sepatutnya tidak menjadi alasan untuk terus maju. Sebagai contoh apabila disuruh UPDATE Blog, jawapannya MALAS, sedarkah anda apabila anda menjawab sedemikian anda telah merendahkan tempoh kejayaan di masa akan datang.

Oleh itu, pilihlah mana satu yang anda mahu jadikan sebagai pedoman dalam mengecapi kejayaan. Semestinya sekira anda GIGIH nescaya impian akan menjadi kenyataan pada suatu hari nanti


Saya bersama dua badak air yang gigih dalam dunia Tupperware


Jadikan sebagai ingatan untuk terus berjaya


Antara yang seronok dalam biznes tupperware mempunyai silaturahim dan memang tak menang tangan sangat nak ke open house kawan-kawan. memang seronok sangat gambar kenangan bersama Director Qaisarah a.k.a Fa...

Jadi tunggu apa lagi, marilah bersama-sama dengan kami menuju ke puncak kejayaan. Hubungi saya di talian 016-9215076