Tupperware Buck

Tupperware Buck
Tupperware Buck 016-9215076

Thursday, 29 August 2013

Tupperware online: Penghargaan Dalam Tupperware

Tupperware Brands Malaysia
- "Penghargaan"

Salam sejahtera dan apa khabar semua,semoga anda semua sihat sejahtera maklumlah sekarang ini musim demam..batuk selesema dan sebagainya, oleh itu jagalah kesihatan anda ya.

Baiklah entri pada kali ini, ingin saya ceritakan tentang "Penghargaan"...Sesungguhnya apabila kita telah berjaya melakukan yang terbaik untuk menaikkan diri diperingkat terbaik. Penghargaan ini boleh kita kategori dalam pelbagai jenis dan saya gariskan beberapa jenis "Penghargaan"

1)Penghargaan terhadap pencipta kita;
Pencipta memberi kita rezeki mengabulkan doa kita sepanjang masa dalam kehidupan kita. jadi kita kena sentiasa ingat dan tidak lupa diri. rezeki yang diberi ini adakala perlu dikongsi pada mereka yang memerlukan. tak salah kalau kita sekali sekala memberi sedikit perkongsian rezeki dengan adek beradik atau mak ayah serta kawan kita. mereka happy.. dan kita pun heppy.. rezeki pasti bertambah dengan doa mereka..

2)Penghargaan terhadap diri  sendiri;
-Adalah penting menghargai diri sendiri dengan pelbagai aktiviti yang kita suka. buat sahaja apa yang kita mahu bagi meraikan diri kita. semua yang kita buat sememangnya adalah dari jasad kita. kita tak jemu berusaha dan penat lelah itu terbayar dengan menghargai diri. sebagai contoh.. membeli baju baru.. makan mewah sedikit ala ala kalau sebelum ini nasi lemak telor.. sekali sekala ngan rendang ayam pula. so.. kita akan rasa BEST dan akan terus buat sesuatu untuk kejayaan seterusnya

3) Penghargaan kepada saudara, rakan dan taulan, serta yang sewaktu dengannya;
-Apabila kita berada di kemuncak, jangan pernah lupa rakan/saudara yang memberi kata semngat walaupun anda pernah gagal dalam biznes, memanglah kata orang tak semua rakan/saudara boleh dipercayai.. tapi saya yakin.. tak semua begitu.. ada juga yang baik hati dan mampu bantu kita untuk berjaya. saya tak mahu menghukum orang lain disebabkan orang lain membuat angkara dalam sejarah hidup saya. saya akan terus memandang ke hadapan dan akan pasti kejayaan akan menyusul. jadi saya suke menghargai rakan yang support saya.. dan mereka yang tak support macam iri hati dan dengki dan sebagainya.. saya terpaksa KIV dan saya berazam akan BUKTIKAN yang saya akan berjaya dan pasti mereka akan ketahui.. orang yang mereka pandang sebelah mata ini..  bukan sembarangan.. heheheh
dari sudut mengharai rakan.. saya lebih gemar untuk memberikan sesuatu.. contohnya hadiah pada rakan yang telah menjadi downline.. yang mana saya memberi galakan dan menghargai mereka. penghargaan yang biasa saya buat.. macam belanja minum.. ucapan terima kasih yang kecil.. tetapi besar impaknya. orang kata.. kalau ikhlas memberi.. sebijik kacang pun rasa sedap berzaman zaman.

4) Pengharagaan kepada makhluk yang bernyawa contohnya haiwan;
-Anda pasti pernah melihat seekor kucing/anjing datang ke rumah kita...dan pada ketika itu haiwan tersebut nampak nazak...apa salahnya kita belikan sesuatu seperti makanan kucing WHISKAS dan bagi haiwan itu makan...kita tak tahu suatu hari haiwan itu akan mendoakan kita murah rezeki kerana telah memberinya makan...serta memberi tuah pada suatu hari...kita tak tahu...

5) Penghargaan kepada benda yang tak bernyawa. 
-Sedarkah anda motosikal yang sudah mengjangkau 8 tahun usianya masih mampu bergerak sehingga kini kerana dijaga dengan baik tukar minyak hitam, filter, plug dan sebagainya...
ohh ya.. kekadang.. perlu juga dimanjakan kereta kita yang selalu membantu kita ambil barang kat stokis tu.. hah.. apa lagi.. kasi mandi sama dia..
kita sebenarnya harus menghargai kenderaan yang telah lama berjasa kerana ia telah bersama mencari rezeki demi sekelumit nafkah untuk terus hidup di alam yang sementara ini


Pergi ke rumah kak Nor semasa open house


Mengunjungi stokis bersama rakan niaga MLM Tupperware


Inilah wajah-wajah yang bakal menyinar dalam TEAM POWER 


Keceriaan beraya bersama rakan niaga MLM Tupperware Brands Malaysia


Inilah PENGHARGAAN yang saya dapat setelah berdiri di atas usaha sendiri dalam biznes tupperware 

saya mahu menjual motosikal - pasir panjang
Motor menjadi pengangkutan yang pantas di KUALA LUMPUR...jadi kena comel wajahnya...

Untuk anda yang nak join tupperware bolehlah hubungi saya di talian 016-9215076


No comments:

Post a Comment